Nov 16, 2009

tak pasti sama ada umum sudah tahu atau pun tak tahu/tak ambil tahu, yang saya memang gila kasut. oh, tapi kasut saya bukannya terdiri daripada jenama-jenama seperti: Christian Louboutin, Guiseppe Zanotti, Jimmy Choo, Manolo Blahnik, Stuart Weitzman... (bercita-cita utk memiliki (paling kurang) satu pasang drpd setiap pereka kasut tersebut)

kepelbagaian kasut saya terdiri daripada semurah-murah kasut Bata sehinggalah sesederhana mahal kasut Charles & Keith. turut 'mengidam' kasut2 drpd NINE WEST, cuma merasakan 'cutting' nya tidak sesuai dgn kaki, mematikan hajat saya utk memiliki koleksi kasut drpd NINE WEST (w/pun himpunan kasut2 NW sgt menggoda jiwa raga!)

saya akan cuba sedaya upaya utk himpunkan koleksi kasut saya di sini. boleh dijadikan rujukan kemudian hari. (serta menghitung jumlah $$ yang telah saya habiskan. *GULP!*) walau apa pun, saya sgt berSYUKUR kerana ade makhluk di muka bumi yang sangat KREATIF mereka kasut. saya sgt 'impress' dengan mereka. tanpa mereka, mana mungkin kita akan menikmati fesyen kasut yang pelbagai ni kan? so *TABIK SPRINGGGG* utk mereka! :D

untuk entri no 1, saya lampirkan kasut terbaru dlm koleksi saya. 30% diskaun drpd Charles & Keith! :)

"tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...."


bercadang utk pakai hari ni ke pejabat, tapi lupa (bukan sayang yer... konsep sy beli mesti PAKAI bukan SIMPAN! :P)

till the next entry! komen jika perlu :) tq!

0 Comments:

Post a Comment